Prabowo dakwa wujud penipuan, gesa himpunan aman - Utusan Malaysia

Prabowo dakwa wujud penipuan, gesa himpunan aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 21 Mei – Calon pilihan raya Presiden Indonesia 2019 (pilpres) nombor dua, Prabowo Subianto mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum negara ini.

Namun, pemimpin itu tetap berpesan supaya rapat umum yang bakal berlangsung esok dilakukan dalam keadaan aman.

“ Saudara-saudara sekalian. Sahabat-sahabatku, terutama yang berada di Jakarta. Saya ingin menyampaikan beberapa hal dalam suasana bulan Ramadhan ini. Kita memahami bersama bahawa rakyat kita sedang risau, bahawa kita prihatin dengan banyak penipuan yang begitu besar ddalam pemilihan umum yang baru kita laksanakan,” kata Prabowo dalam video yang disampaikan oleh Badan Pemenangan Nasional (BPN) hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Prabowo menyatakan pilpres bukan persoalan menang atau kalah.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa pilpres mengutamakan kedaulatan rakyat dan penipuan yang dilakukan telah merampas kedaulatan terbabit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini