Prabowo bertanggungjawab jika penyokong kembali demonstrasi - Utusan Malaysia

Prabowo bertanggungjawab jika penyokong kembali demonstrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Mei – Calon Presiden (Calpres) Prabowo Subianto akan menjadi orang paling bertanggungjawab terhadap penyokongnya jika mereka kembali melakukan demonstrasi yang akhirnya berlaku rusuhan seperti kelmarin.

CNN Indonesia melaporkan, Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Wiranto berkata, bagaimanapun beliau menghargai seruan dibuat Prabowo agar penyokongnya menjauhkan daripada kekerasan sebaliknya mengikut perlembagaan.

“Kita lihat nanti kalau seandainya masih ada niat penyokong dan pengikutnya untuk melakukan aksi-aksi yang anarki seperti kemarin itu, paling bertanggungjawab untuk menghentikan hanya sang pemimpin, Pak Prabowo sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau itu dilakukan, saya hormat betul kepada beliau,” jelasnya ketika berbincang dengan beberapa orang di kediamannya pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini