Portfolio penerangan kini di bawah Hasnul Zulkarnain - Utusan Malaysia

Portfolio penerangan kini di bawah Hasnul Zulkarnain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim telah diberi tanggungjawab untuk memegang portfolio penerangan.

Hasnul Zulkarnain berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada penghujung bulan Januari lalu.

“Bulan Januari lalu baru diputuskan untuk saya mengambil alih tugasan penerangan negeri Perak dan bulan Februari saya pergi menunaikan umrah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mulai bulan Mac, saya baru berurusan sepenuhnya dengan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan segala apa perancangan kerajaan negeri sama ada dari segi belanjawan mahupun manifesto,” katanya.

Hasnul Zulkarnain berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bagi meraikan rakan media di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Perak, Mohd Taip Ubah; Pegawai Penyelidik kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Mejar (B) Kamaruddin Isa dan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP), Rosli Mansor Ahmad Razali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini