Pekerja sebuah pasar raya, Alamin Mohamad, 27, membawa pelita buluh untuk dijual hari ini. Suatu ketika dahulu pelita buluh amat popular di kalangan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung untuk menerangi halaman rumah mereka bermula pada malam tujuh likur hingga menjelang malam raya.
Namun penggunaannya semakin hari semakin dilupakan dan diganti dengan nyalaan lampu berwarna-warni berkelipan.
Wujud pihak tertentu cuba untuk menghidupkan kembali kemasyuran pelita buluh ini dengan memberi sedikit sentuhan kreatif dan menjual pada harga yang berpatutan.
Kini pelita buluh moden mudah diperolehi di pasaran dengan wajah yang lebih menarik dan berwarna-warni. Ia mendapat sambutan yang baik di kalangan orang ramai sama ada di kampung ataupun bandar.











