Perodua tawar promosi ISOFIX GearUp - Utusan Malaysia

Perodua tawar promosi ISOFIX GearUp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Pero­dua menawarkan promosi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dengan harga promosi RM660 untuk kerusi bayi dan RM780 untuk kerusi kanak-kanak bermula 13 Mei hingga 30 Jun.

Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Suhaimi Hashim berkata, ia bersempena dengan musim cuti perayaan yang akan datang dan dalam masa yang sama menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan, terutamanya semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya.

Beliau berkata, tawaran tersebut boleh didapati di semua pusat servis sah Perodua di seluruh negara pada 14, 16, 21 dan 23 Mei dari jam 1 petang hingga 5 petang, 27 hingga 31 Mei (8 pagi hingga 5 petang) dan 3 Jun (8 pagi – 5 petang).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai pengeluar kende­raan Malaysia, ia menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pelanggan serta masyarakat mengenai keselamatan jalan raya.

“Kami sedar bahawa pendi­dikan adalah satu proses jangka panjang, namun kami akan terus komited terhadap usaha tersebut.

“Penasihat jualan dan servis kami yang sah di cawangan Pe­ro­dua berdekatan akan menjelaskan dengan lebih terperinci penggunaan dan manfaat Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp serta kaedah pemasangan yang betul,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Suhaimi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perodua, syarikat akan terus berusaha untuk meningkatkan piawaian keselamatan demi kepentingan para pelanggan dan masyarakat Malaysia.

“Perodua mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada yang beragama Islam, dan kepada semua rakyat Malaysia, pandulah dengan cermat, selamat dan berhemah selalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini