PARIS 31 Mei – Pilihan kedua, Karolina Pliskova ditunjukkan jalan keluar daripada Terbuka Perancis, hari ini, selepas tunduk 6-3, 6-3 kepada pencabar dari Croatia, Petra Martic. Bintang tenis Republik Czech, Pliskova kerap melakukan kesilapan dalam aksi menentang pilihan ke-31 itu, yang akan bertemu sama ada pemain Rusia, Veronika Kudermetova atau wakil Estonia, Kaia Kanepi bagi merebut tempat ke suku akhir. Kekalahan yang menimpa Pliskova, bermakna Naomi Osaka akan mengekalkan kedudukan…










