COLOMBO 14 Mei – Wilayah Utara ibu negara Sri Lanka dikenakan perintah berkurung sehingga dimaklumkan hari ini selepas kematian pertama dalam rusuhan anti-Muslim.
Menurut jurucakap polis, Ruwan Gunasekera, perintah berkurung dibuat pada waktu malam seluruh negara tenang kecuali di Wilayah Utara-Barat (NWP) yang menyaksikan lelaki Muslim dibunuh perusuh semalam.
“Perintah berkurung di NWP akan diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pasukan keselamatan membantu polis yang diarahkan untuk menggunakan sepenuhnya kekuatan untuk mengawal kekacauan,” katanya.
Mangsa berusia 45 tahun maut disebabkan kecederaan dikelar oleh perusuh yang menyerbu bengkel pertukangan kayu di daerah Puttalam, mengikut sumber. – AFP











