Penyokong Liverpool, Spurs ‘disembelih’ - Utusan Malaysia

Penyokong Liverpool, Spurs ‘disembelih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 10 Mei – Peminat bola sepak England berang apabila industri pelancongan mengambil kesempatan daripada final Liga Juara-Juara apabila berlaku peningkatan mendadak terhadap harga tiket perlawanan, penerbangan dan bilik hotel.

Penyokong Tottenham dan Liverpool merungut apabila dikenakan lebih daripada 1,500 pound (RM8,100) bagi tiket penerbangan pergi dan balik ke Madrid menggunakan penerbangan EasyJet jika mereka mahu menyaksikan aksi final Liga Juara-Juara pada 1 Jun ini.

Peminat juga terdesak untuk mencari hotel penginapan yang mengenakan caj bayaran kurang daripada 1,000 pound (RM5,400), satu bilik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bilik paling murah di Hotel Hilton Madrid adalah 2,301 pound (RM12,400) sedangkan bilik yang sama hanya dikenakan bayaran sebanyak 124 pound (RM669) untuk minggu berikutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini