KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan didenda sebanyak RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan 243 burung Ciak Tempua iaitu spesies yang dilindungi tanpa lesen sah, empat tahun lalu. Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Leong Hon Poh, 51, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang membuat pengakuan bersalah tersebut selepas pertuduhan dibaca terhadapnya. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu…










