Peniaga burger maut kemalangan jalan raya - Utusan Malaysia

Peniaga burger maut kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 17 Mei – Seorang peniaga kedai burger maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 23.5 berhampiran plaza tol Lebuhraya Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di sini hari ini.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, penunggang motosikal, Muhamad Zaki Ahmad, 42, merempuh belakang sebuah lori yang ketika itu berhenti di lorong kecemasan kerana tayar pecah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian, lelaki itu telah langgar bahagian belakang lori itu dan dia kemudianya disahkan maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Abdul Aziz menambah, mangsa yang beralamat di Presint 9 kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat.

Katanya lagi, cuaca keadaan baik ketika kejadian manakala permukaan jalan yang lurus itu adalah kering.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala kenderaan telah ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini