SANDAKAN – Seramai 270 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis akan mengundi awal hari ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, anggota polis berkenaan akan mengundi di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan dan Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.
Katanya, Pusat Pengundian Awal di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 2 petang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











