Penduduk gempar temukan ular sawa - Utusan Malaysia

Penduduk gempar temukan ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 24 Mei – Penduduk gempar apabila menemukan seekor ular sawa batik sepanjang empat meter yang sedang berlingkar pada sebuah motosikal lama di Kampung Teluk Wang Jalan Tikam Batu di sini, semalam.

Mereka kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda sebelum pasukan itu datang menangkap haiwan reptilia tersebut.

Pegawai APM daerah itu, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, ular tersebut ditangkap anggotanya pada pukul 10.49 malam sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas menerima panggilan dari seorang penduduk di situ, Mazlan Osman, 45, seramai lima orang anggota APM diketuai Lans Koperal (PA) Fauziah Ahmad bergegas ke lokasi.

“Kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Azahar berkata, ular tersebut dibawa pulang ke pejabat APM daerah untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini