Pendapatan suku pertama Petron RM2.75 bilion - Utusan Malaysia

Pendapatan suku pertama Petron RM2.75 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd. (Petron) mencatatkan sedikit peningkatan dalam pendapatan suku pertama 2019, kepada RM2.75 bilion berbanding RM2.73 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas berikutan jumlah jualan yang lebih tinggi.

Hypermarket Sweep Petron telah dilancarkan pertama kali pada tahun 2015 dengan hadiah bernilai RM55,000. – UTUSAN ONLINE

Pengerusi Petron, Ramon S. Ang berkata, jumlah jualannya meningkat enam peratus didorong oleh prestasi runcit syarikat yang kukuh hasil daripada permintaan industri yang lebih tinggi serta pengembangan rangkaian runcit yang berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, keuntungan kasar kumpulan meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM143 juta berikutan peningkatan jumlah jualan walaupun margin penapisan di rantau ini menurun.

“Kami akan meneruskan program strategik kami yang bertujuan untuk mengembangkan perniagaan dan mengukuhkan kedudukan kami dalam industri.

“Kami terus memberi tumpuan kepada penyampaian hasil yang lebih kukuh melalui penambahbaikan produk dan perkhidmatan, pengembangan rangkaian dan peningkatan keupayaan loji dan kemudahan kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini