Pemandu lori cedera ringan rempuh Hentian LRT - Utusan Malaysia

Pemandu lori cedera ringan rempuh Hentian LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Seorang pemandu lori cedera ringan selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh hentian Transit Aliran Ringan (LRT) Taipan USJ 9, dekat Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Deputi Superintenden Sahimi Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori Hino itu melanggar hentian LRT sebelum terbabas ke eskalator LRT terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini