KUALA LUMPUR 25 Mei – Wolverhampton Wanderers mengesahkan mereka telah menandatangani pemain bola sepak remaja England-Malaysia, Hong Wan dari Yeovil Town.
Pemain berusia 18 tahun itu, yang dilahirkan di London serta berdarah Malaysia dan berbangsa Cina, telah 10 tahun bersama akademi Charlton Athletic sebelum menyertai Glovers.
“Satu peluang yang bagus dan saya sangat berbangga diberikan peluang sebegini di samping kelab yang hebat.
“Kita semua sudah lihat bagaimana Wolves beraksi pada musim ini, bukan sahaja skuad utama, malah barisan pemain bawah 23 tahun juga sangat bagus.
“Wolves merupakan salah sebuah kelab yang sedang berkembang. Saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian mereka.
“Saya merupakan kapten bawah 18 tahun di Yeovil Town musim lalu dan kami mengharunginya dengan baik, di mana kami mencapai tahap tertinggi dalam lingkungan usia kami.
“Jadi, saya mempunyai musim yang sangat baik di sana, tetapi saya teruja sekarang berada di sini di sini (Wolves), “katanya kepada laman web rasmi kelab itu.
Hong Wan muncul pemain bola sepak kedua berdarah Malaysia menyertai kelab Liga Perdana Inggeris kini selepas Jaami Qureshi dari Brighton.- AGENSI
**Gambar: Sumber dari Twitter Wolves











