Peluru berpandu sasar Mekah dipintas - Utusan Malaysia

Peluru berpandu sasar Mekah dipintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH 21 Mei – Pasukan Tentera Udara Diraja Arab Saudi memin­tas dan memusnahkan dua peluru berpandu yang dilancarkan dari Yemen oleh kumpulan pemberontak Houthi, semalam.

Arab News melaporkan, ke­dua-dua peluru berpandu itu dilapor disasarkan ke Mekah dan Jeddah.

Jurucakap pihak berkuasa Arab Saudi, peluru berpandu itu dimusnahkan di Taif awal pagi semalam ketika serpihan peluru berpandu pertama ditemukan di Wadi Jalil, kawasan lembah yang bersambung dengan Mekah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penduduk di Jeddah juga memaklumkan mereka terde­ngar bunyi letupan kuat pagi semalam.

Ini bukan kali pertama kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu yang menyasarkan Mekah kerana insiden sama berlaku pada Julai 2017.

Beberapa video yang tular dalam media sosial menunjukkan peluru berpandu kedua dipintas dan dimusnahkan di ruang udara berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz.

Pakar politik yang berpangkalan di Riyadh, Dr. Hamdan Al-Shehri berkata, tindakan Houthi yang berulang kali melancarkan peluru berpandu ke arah Mekah tidak boleh diterima serta tidak menghormati bulan Ramadan.

Dalam pada itu, kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa turut mengkritik serangan yang dilancarkan Houthi dan menyifatkannya sebagai serangan pengganas.

Selain itu, Duta Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abdallah Al-Mouallimi berkata, sebanyak tujuh peluru berpandu dilancarkan oleh Houthi dan disasarkan ke beberapa stesen mengepam minyak pada 14 Mei lalu di bandar Dawadmi dan Afif.

Pihak berkuasa negara ini berjaya memintas dan memusnahkan kira-kira 227 peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Houthi sejak 2015. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini