Peluang Chelsea, Arsenal bertemu di Baku - Utusan Malaysia

Peluang Chelsea, Arsenal bertemu di Baku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Mei – Chelsea dan Arsenal memiliki peluang terbaik untuk bertemu sesama sendiri dalam perlawanan akhir Liga Europa yang akan berlangsung di Baku pada 29 Mei ini.

Kedua-dua pasukan berjaya bangkit daripada permulaan perlahan menentang Eintracht Frankfurt dan Valencia pada separuh akhir pertama Liga Europa, minggu lalu. Arsenal dibolosi satu gol selepas 10 minit perlawanan bermula, namun, mujur tuah berpihak kepada Gunners apabila jaringan Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang membantu kemenangan 3-1 di Emirates.

Bagaimanapun, rekod buruk Arsenal di laman lawan, musim ini, bakal memberi perkhabaran gembira buat Valencia bagi mengubah dua gol desfisit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad bimbingan Unai Emery dibolosi tiga kali di Wolves dan Leicester dalam dua perlawanan terakhir liga di laman lawan dan turut kecundang di BATE Borisov serta Rennes sebelum bangkit di Emirates dalam timbal balik kedua.

“Kami bermain menentang dua penyerang hebat yang menelan kos sangat mahal untuk khidmat mereka. Hanya kesilapan kecil, mereka akan menghukum anda,” kata jurulatih Valencia, Marcelino Garcia Toral.

Sementara itu, dalam satu lagi separuh akhir membabitkan Chelsea, Maurizio Sarri yang memerlukan ruang untuk kembali bernafas sudah tentu berharap kemenangan berpihak kepada pasukannya menentang Eintracht Frankfurt, Jumaat ini.

Sarri berdepan kesukaran memenangi hati peminat dan pemain Chelsea. Pada satu tahap, pengurus itu terpaksa bertarung dengan persembahan tidak konsisten Blues sehingga mencetuskan spekulasi pemecatannya.

Keputusan seri 1-1 pada separuh akhir pertama di laman Eintracht, meletakkan Chelsea di landasan baik menjelang timbal balik kedua di Stamford Bridge. Kemenangan ke atas Arsenal ataupun Valencia di Baku, bakal meyakinkan pengurusan tertinggi kelab untuk memberi masa kepada Sarri menerapkan falsafah bola sepaknya pada musim akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini