Pelajar ‘dipaksa’ solat di tempat parkir kereta - Utusan Malaysia

Pelajar ‘dipaksa’ solat di tempat parkir kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Mei – Sebuah sekolah di sini dikecam kerana membiarkan sekumpulan pelajarnya yang beragama Islam menunaikan solat Zuhur di kawasan parkir kereta.

Lapor Metro.co.uk, pelajar Sekolah Loxford di pekan Ilford itu terpaksa berbuat demikian semasa bulan Ramadan selepas pihak sekolah didakwa tidak menyediakan tempat untuk mereka menunaikan solat.

Sekolah itu mempunyai le­bih daripada 2,000 orang pelajar dan mempunyai penuntut Islam yang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak sekolah dilapor hanya­ membenarkan pelajarnya menunaikan solat Jumaat di dalam bangunan namun tidak menyediakan tempat khas kepada mereka menunaikan solat Zuhur dari Isnin hingga Khamis.

Pengetua sekolah, Anita Johnson dikritik hebat setelah gambar menunjukkan pelajar berkenaan solat di kawasan parkir kereta tular dalam media sosial.

Namun pihak sekolah mene­gaskan, mereka tidak mengarahkan pelajar solat di luar kawasan sekolah.

Berang dengan perkara itu, seramai 14,000 orang menandatangani petisyen mendesak Johnson mengkaji semula dasar keterlaluan tersebut.

Pengerusi Persatuan Masyarakat Islam Loxford, Alimul Al-raze mendedahkan, terdapat pelajar yang terpaksa ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Zuhur.

Sementara itu, Sekolah Loxford berkata, pihaknya membenarkan pelajar bersolat di masjid dan mempertimbangkan untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini