KUALA LUMPUR 31 Mei – Bukan setakat cantik bak Puteri Gunung Ledang, malah bijak seperti Hang Nadim. Itu gambaran yang boleh diberikan kepada Nurul Jannah Zamberi, 23, yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS). Menurut laporan eWarta Mara yang memetik Mara Washington, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menerima pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors selepas memperoleh Purata…










