Palestin setuju gencatan senjata - Utusan Malaysia

Palestin setuju gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin – Pemimpin Palestin di Gaza bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Israel awal semalam, kata tiga pegawai yang arif mengenai rundingan tersebut.

Ia susulan pertempuran pa­ling sengit antara kedua-dua belah pihak sejak perang pada tahun 2014.

Mesir menaja gencatan senjata itu yang bermula dari pukul 4.30 pagi (waktu tempatan), kata seorang pegawai Hamas di Gaza dan pegawai kumpulan sekutunya, Jihad Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pegawai Mesir juga mengesahkan tentang persetujuan gencatan senjata tersebut, bagaimanapun, tentera Israel enggan mengulas mengenainya.

Dalam pada itu, seorang koresponden agensi berita AFP di Gaza berkata, situasi nampak tenang selepas gencatan senjata itu bermula. Menurutnya, bedilan roket Palestin dan serangan udara Israel tidak kedengaran lagi.

Pegawai Jihad Islam itu berkata, perjanjian gencatan senjata tersebut dibuat berdasarkan Israel melonggarkan sekatan ke atas Genting Gaza.

Antara langkah tersebut, katanya, termasuk melonggarkan sekatan menangkap ikan dan menambah baik situasi bahan api serta bekalan elektrik di Gaza.

Di bawah gencatan senjata itu, Israel bersetuju untuk menghentikan semua bentuk serangan ke atas Gaza.

Konfrontasi kedua-dua belah pihak itu bermula pada Sabtu lalu dengan bedilan roket dari Gaza yang mencetuskan gelombang serangan udara Israel dan berterusan hingga kelmarin.

Sekurang-kurangnya 23 penduduk Palestin termasuk sembilan pejuang terbunuh.

Empat warga Israel maut dalam konfrontasi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini