Palang Pracharat runding cari rakan gabungan - Utusan Malaysia

Palang Pracharat runding cari rakan gabungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 10 Mei – Parti pro tentera, Palang Pracharat (PPRP) sedang berunding untuk mencari rakan gabungan untuk membentuk kerajaan baharu Thailand.

Pemimpin PPRP, Uttama Savanayana berkata, perbincangan dan rundingan masih lagi berjalan termasuk dengan parti-parti kecil.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama pihak-pihak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami masih belum memuktamadkan pembentukan kerajaan baharu. Kami akan maklumkan (kerajaan campuran baharu) apabila tiba masanya.

“Kami yakin untuk membentuk kerajaan selepas ini dengan lebih 250 daripada 500 kerusi di Dewan Rendah,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) mengumumkan keputusan pilihan raya umum pada 24 Mac lalu yang telah lama tertangguh, bagaimanapun tiada pihak yang jelas memenangi pilihan raya itu bagi membentuk kerajaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini