Pahang ajak rakyat doakan roh Sultan Haji Ahmad Shah - Utusan Malaysia

Pahang ajak rakyat doakan roh Sultan Haji Ahmad Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Mei – Berikut adalah kenyataan akhbar Menteri Besar Pahang berhubung kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini:

Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Almarhum mangkat pada pukul 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syhuhada’. Amin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini