LONDON 14 Mei – Bekas Presiden Sudan, Omar al-Bashir yang digulingkan, didakwa selepas dikatakan terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan dan hasutan.
Lapor BBC, dakwaan itu dikemukakan susulan siasatan berhubung kematian anggota perubatan yang terkorban dalam tunjuk perasaan yang membawa kepada tamatnya era pemerintahannya bulan lalu.
Beliau juga berdepan siasatan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti keganasan. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











