Ninja Perth pamer aksi menggerunkan - Utusan Malaysia

Ninja Perth pamer aksi menggerunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH, Australia – Sejumlah gambar yang dirakam mempamerkan kekuatan dan kawalan badan menakjubkan oleh bekas bintang rancangan realiti televisyen Ninja Warrior, Olivia Vivian lapor akhbar Daily Mail.

Dia kelihatan seperti ninja sebenar apabila mempamerkan aksi menggerunkan tersebut di sekitar Perth, Australia baru-baru ini.

Beberapa keping gambar yang dirakam menunjukkan wanita tersebut bergayut pada tiang lampu jalan di tepi pantai selain berdiri menggunakan tangan di koridor sebuah bangunan tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Vivian, 29, bagaimanapun mendedahkan aksi tersebut merupakan kombinasi kemahiran jurugambar. Semua foto tersebut dirakam dalam keadaan selamat dan mereka menggunakan teknik ilusi bagi menjadikannya kelihatan lebih menggerunkan berbanding situasi sebenar.

“Saya tidak pernah melakukan aksi atau pergerakan yang tidak pasti atau di luar kemampuan. Saya bekerjasama dengan jurugambar bagi memastikan sudut yang dirakam kelihatan lebih berisiko daripada keadaan sebenar,” katanya.

Tambahnya, latihan sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam dunia gimnastik banyak membantu dari segi asas, kekuatan dan kelenturan badan dalam merakam gambar-gambar tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini