NGO Antarabangsa santuni 1,000 umat Islam di Kemboja - Utusan Malaysia

NGO Antarabangsa santuni 1,000 umat Islam di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa menyantuni lebih 1,000 golongan kurang bernasib baik termasuk fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal di beberapa kampung di Kemboja dengan menyumbangkan barangan keperluan harian sempena sambutan bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Mustapha Ahmad berkata, program tersebut bagi membantu mereka yang memerlukan untuk menjalani ibadah puasa seperti mana insan lain.

Menurutnya, bantuan yang diberikan adalah berupa makanan harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak serta makanan ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap tahun saya akan merentasi perjalanan sejauh kira-kira 800 kilometer dan mengembara di beberapa kampung terpencil termasuk di Kampung Mondokiri, Kabai View Jamuan dan Kampung Steam serta Kampung Pak Phou di negara Kemboja bagi menyelami dan menghayati kesusahan dialami mereka.

MUSTAPHA AHMAD
MUSTAPHA AHMAD mengangkat beras untuk diberikan kepada penerima bantuan, Fatimah Mat dalam misi bantuan di Kemboja baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE 

“Dengan cara ini saya dapat berkongsi kesusahan serta menghayati realiti kehidupan golongan susah seperti mana dirasai mereka di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustapha yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh NGO Antarabangsa awal tahun lalu berkata, selain bantuan keperluan harian, pihaknya juga telah menyediakan sebanyak 20 telaga di beberapa kampung Islam bagi membolehkan mereka mendapatkan bekalan air bersih.

“Ketika ini kawasan berkenaan mengalami musim kemarau sehingga menjejaskan penduduk untuk mendapatkan sumber air bersih. Oleh itu, kita turut menyediakan bantuan membina telaga bagi kegunaan penduduk setempat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini