LONDON 28 Mei – Prestasi yang kurang meyakinkan pada musim ini mungkin menjadi salah satu faktor Neymar terpaksa menyerahkan lilitan kapten Brazil kepada Dani Alves bagi aksi kempen Copa Amerika pada bulan depan. Bekas penyerang Barcelona itu berdepan musim menghampakan pada tahun ini yang turut menyaksikan jurulatih, Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, turut meminggirkan pemain berkenaan daripada tugasan kapten. Neymar berdepan penggantungan tiga perlawanan gara-gara menyerang penyokong pasukan lawan ketika…










