Neymar belum layak jadi kapten - Utusan Malaysia

Neymar belum layak jadi kapten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGERS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menegaskan bahawa penyerang antarabangsa Brazil, Neymar tidak memiliki sifat kepimpinan untuk melayakkannya dilantik sebagai kapten kelab gergasi Perancis tersebut.

Beliau sama sekali menepis dakwaan beliau akan melantik Neymar sebagai kapten pada musim depan memandangkan kapten sedia ada ia­itu Thiago Silva mahupun Marquinhos memiliki sifat kepimpinan yang baik buat pasukan berkenaan.

Kredibiliti Neymar sekali lagi menjadi perhatian apabila dia meledak satu jaringan serta melakukan satu umpanan gol ketika membantu pasukan itu menang 2-1 ke atas Angers pada saingan Liga Perancis di Sta­dium Raymond Kopa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memiliki dua kapten dalam pasukan ini buat masa sekarang iaitu Silva dan Marquinhos, jadi kami tidak ada perancangan untuk mengubah peranan itu. Bagi saya, Neymar masih belum layak memakai lilitan kapten.

“Bagaimanapun, dari segi sera­ngan dan teknikal, saya akui tidak ada sesiapa yang mampu mengatasinya (Neymar). Saya tidak faham mengapa ada pihak timbulkan isu ini sedangkan Thiago dan Marquinhos merupakan ketua yang hebat,” kata Tuchel.

Dalam pada itu, beliau mengakui gembira dan lega apabila PSG kembali melakar kemenangan di tempat lawan selepas empat percubaan sebelum ini gagal selain mengakui Angers merupakan sebuah pasukan yang baik.

“Sangat lega untuk kembali catat kemenangan di tempat lawan, lebih-lebih lagi menentang Angers yang turut mencipta banyak peluang menjaringkan gol. Apa yang penting, kami berjaya dapatkan tiga mata hari ini (semalam),” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini