SURAT perpindahan tempat kerja itu ditatapnya dengan perasaan terkejut. Lelaki itu tidak menyangka arahan itu dikeluarkan majikannya. Ini kerana, dia diarah berpindah dari Kedah ke Terengganu pada 2016. Bukan dia tidak mahu melakukannya, tetapi Azeman Omar, 48, ketika itu mahu menjaga ibunya yang lumpuh dan tidak boleh bergerak. “Ibu saya yang merupakan pesakit diabetes perlukan perhatian kerana ubat dan rawatan yang diambilnya perlu diselia dengan teliti. “Sekiranya ditukar, saya perlu…










