MRDIY adakan jualan di laman Shopee sempena Sambutan Hari Raya - Utusan Malaysia

MRDIY adakan jualan di laman Shopee sempena Sambutan Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – MR. D.I.Y. Trading Sdn. Bhd. (MR. D.I.Y) menawarkan diskaun 20 peratus ke atas lebih 300 produk di laman Shopee sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MR. D.I.Y dalam kenyataan hari ini berkata, diskaun itu ditawarkan semasa jualan kejutan Shopee.

Katanya, baucar diskaun berjumlah RM300,000 boleh ditebus untuk mendapatkan penjimatan tambahan apabila berbelanja di laman rasmi ­Shopee MR. D.I.Y.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, hari istimewa pada 11 Mei, 23 Mei dan 1 Jun turut menawarkan baucar diskaun sehingga RM400,000 untuk dimenangi.

“Pada 23 Mei, MR. D.I.Y akan memberikan jag plastik premium bernilai RM15 kepada pelanggan bagi pembelian sekurang-kurangnya RM60 di laman rasmi Shopee MR. D.I.Y, dan penghantaran percuma juga ditawarkan untuk setiap pembelian minimum RM20,” katanya.

Timbalan Presiden MR. D.I.Y, Andy Chin berkata, semua tawaran dan promosi itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk ­memeriahkan dan memudahkan persiapan raya rakyat Malaysia.

“Kami juga akan memberikan sampul raya direka khas secara percuma kepada pelanggan bagi setiap pembelian RM30 di cawangan MR. D.I.Y terpilih,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi Shopee MR. D.I.Y di http://shopee.com.my/mrdiy2u. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini