MPS agih 4,000 bubur lambuk kepada orang awam - Utusan Malaysia

MPS agih 4,000 bubur lambuk kepada orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 16 Mei – Seramai 210 warga Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyertai Program Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan, semalam.



MPS dalam satu kenyataan memberitahu, program yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi MPS itu bermula pukul 9 pagi dan selesai pada 12.30 tengah hari dengan aktiviti pembungkusan secara gotong- royong. 



“Melalui program itu, kami berjaya menghasilkan sebanyak 4,000 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada kakitangan MPS, agensi-agensi kerajaan berhampiran dan juga pengunjung Bazar Ramadan.



Memuatkan artikel berkaitan…

“Acara tahunan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial warga MPS kepada masyarakat setempat sempena bulan Ramadan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini