'Mowgli Malaysia' berlakon filem pendek Hari Raya - Utusan Malaysia

‘Mowgli Malaysia’ berlakon filem pendek Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Jika sebelum ini nama jolokan Mowgli Malaysia, Shukor Khamis menjadi bualan selepas gambar fotogeniknya bersama sekawan kerbau dinobatkan sebagai gambar 20 terbaik di Asia.

Kini menerusi satu filem pendek Hari Raya Aidilfitri arahan Fiq Sam berjudul ‘Raya di Hujung Tanduk’, Shukor Khamis membuat kemunculan pertamanya dalam layar lakonan pula.

Syukor yang turut diberikan jolokan Kampung Boy itu terserlah bakat lakonannya yang dilihat bersahaja dan tidak kekok.

Memuatkan artikel berkaitan…
KEMUNCULAN Dalimawati sebagai ibu mengangkat pelbagai 'mood' dalam karya tersebut. - UTUSAN ONLINE
KEMUNCULAN Dalimawati sebagai ibu mengangkat pelbagai ‘mood’ dalam karya tersebut. – UTUSAN ONLINE/ Youtube Shafiq Shamsul

Lebih menarik, setiap dialog dilantunkan dikekalkan loghat Terengganu menjadikan setiap babak seronok ditonton.

Filem pendek berdurasi 13.38 minit itu mengisahkan keakraban hubungan adik dan abang yang pada awalnya mempunyai perselisihan faham.

Jalan cerita yang mengangkat emosi sedih, gembira dan lawak menjadi pelengkap kepada hasil yang kreatif.

BABAK sedih yang berjaya menangkap 'mood' leleh para penonton. - UTUSAN ONLINE/ Youtube Shafiq Sham
BABAK sedih yang berjaya menangkap ‘mood’ leleh para penonton. – UTUSAN ONLINE/ Youtube Shafiq Shamsul

Suntikan sinematografi berlatar belakangkan suasana kampung, mengetengahkan juga sifat semula jadi Shukor yang ‘rapat’ dengan kerbau menyuntik ‘mood’ setiap penonton yang menyaksikannya.

Magisnya, setiap babak yang dilakonkan turut diselang-seli dengan lagu-lagu yang nostalgik seperti Sua Sue Kemuning (P. Ramlee), Pok Pok Bujang Lapok, dan Balik Kampung (Sudirman).

KEAKRABAN dua beradik yang disampaikan dalam filem pendek raya ini. - UTUSAN ONLINE/ Youtube Shafiq
KEAKRABAN dua beradik yang disampaikan dalam filem pendek raya ini. – UTUSAN ONLINE/ Youtube Shafiq Shamsul

Filem pendek itu layak diberikan ‘standing ovation’ atas penghasilan visual dan instrumental kreatif dengan hanya mengetengahkan empat orang pelakon termasuk Dalimawati yang terkenal dengan siri filem Hantu Kak Limah.

Filem pendek tersebut diterbitkan pada Isnin lepas di YouTube dengan jumlah tontonan setakat ini sebanyak 34,112.

SIFAT semulajadi Shukor yang rapat dengan kerbau ditonjolkan dalam filem pendek raya ini. - UTUSAN O
SIFAT semulajadi Shukor yang rapat dengan kerbau ditonjolkan dalam filem pendek raya ini. – UTUSAN ONLINE/ Youtube Shafiq Shamsul

Rata-rata penonton memuji akan karya tersebut kerana berjaya mengangkat emosi yang berbagai dalam masa sama, mesej yang diselitkan berjaya disampaikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini