PUTRAJAYA 1 Mei – Satu mesyuarat khas Kabinet hari ini telah diadakan di Bangunan Perdana Putra bagi membincangkan tentang peluang pekerjaan rakyat negara ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu boleh dianggap luar biasa kerana berlangsung pada cuti umum Hari Pekerja. Pada amalan kebiasaannya mesyuarat Kabinet diadakan pada setiap Rabu atau hari Jumaat (jika berlangsung persidangan Dewan Rakyat). Fokus utama mesyuarat khas itu adalah bagi…










