PARIT BUNTAR – Jawatankuasa masjid dan surau yang ingkar dengan larangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang tidak membenarkan program politik diadakan dalam premis mereka boleh dianggap sebagai menderhaka. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, titah Sultan Perak itu perlu dipatuhi kerana program politik di dalam rumah ibadat boleh menimbulkan pergaduhan antara dua kumpulan yang berbeza ideologi. “Politik adalah urusan keduniaan dan ia tidak ada kena mengena dengan agama…









