Melor Garden Wedding tawar bufet Ramadan serendah RM29 - Utusan Malaysia

Melor Garden Wedding tawar bufet Ramadan serendah RM29

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Murah dan berbaloi. Itu kesimpulan bagi menggambarkan bufet berbuka puasa yang ditawarkan oleh Melor Garden Wedding di Bangi, Selangor kepada orang ramai sempena Ramadan.

Pengarah Urusannya, Mohd. Hafis Khairulah berkata, promosi bufet yang berlangsung sehingga 4 Jun bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam itu dibuka pada harga berpatutan iaitu serendah RM29 bagi dewasa.

“Tawaran ini adalah boleh diperoleh melalui tempahan yang dibuka kepada 50 pelanggan terawal dan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pula, ia dikenakan pada harga sebanyak RM19.90 manakala percuma untuk lima tahun ke bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pelanggan yang gagal membuat tempahan awal, mereka masih boleh menikmati juadah berbuka juga pada harga berpatutan iaitu sebanyak RM35 untuk dewasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Hafis berkata, pelbagai juadah beraneka ditawarkan kepada pengunjung termasuk hidangan berkonsepkan bazar Ramadan bagi menghidupkan kemeriahan suasana.

“Terdapat 30 menu disediakan dan ia akan dihidangkan berbeza mengikut hari. Antara menu tersebut ialah nasi minyak, nasi putih, ikan dori masam manis, sup tulang, daging masak kicap, sambal sotong, ayam masak merah dan ayam goreng rempah.

“Pelanggan juga boleh menikmati hidangan lain iaitu laksa penang, nugget goreng, bihun dan mi goreng yang disediakan pada setiap hari.

“Di samping itu, turut disajikan ialah pelbagai aneka kuih-muih tradisional seperti karipap, seri muka, kuih talam dan popia selain bubur kacang, bubur cha cha, bubur jagung dan cendol,” katanya sambil menambah kambing golek bakar adalah antara makanan yang menjadi kegemaran ramai.

Jelasnya, bagi menambahkan lagi kelazatan berbuka, pihaknya turut menawarkan hidangan sate wagyu yang didatangkan daripada Jepun pada harga RM15 secucuk.

Mengulas lanjut beliau berkata, promosi bufet itu diadakan di sebuah dewan berhawa dingin di Lot 1676, Jalan Datuk Nakhaie, Off Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam, Bandar Baru Bangi Selangor yang mana ia boleh memuatkan seramai 300 orang.

“Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi saya di talian 012-677 4294 atau Khairul (013-337 1788) dan Azeef (017-227 1014).

“Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan meletak kereta secara percuma dan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Tarawih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini