MB Terengganu jumpa PM - Utusan Malaysia

MB Terengganu jumpa PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 10 Mei – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengadakan perjumpaan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Ahmad Samsuri, pertemuan empat mata selama sejam itu membincangkan pelbagai perkara berkaitan kepentingan Terengganu.

Beliau menjelaskan, perkara yang dibincangkan itu antaranya hala tuju pelaburan luar dengan Terengganu selain projek di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di bawah Teras V.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitu juga berkaitan isu wang tunai petroleum, baki pinjaman oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), projek Khazanah di Terengganu dan pemerkasaan ekonomi penduduk tempatan.

“Hari ini, Jumaat 10 Mei 2019 bertemu mata dengan YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pertemuan santai selama satu jam ini adalah bagi mendapatkan panduan dan rayuan tentang beberapa perkara.

“Terima kasih atas panduan dan pandangan dari YAB Perdana Menteri. Semoga rayuan kami rakyat Terengganu diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya,” katanya dalam akaun instagram miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini