MB kunci mulut isu memorandum Bersatu kepada PM - Utusan Malaysia

MB kunci mulut isu memorandum Bersatu kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Mei – Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal memilih untuk tidak memberikan komen berhubung tindakan 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Dr. Sahruddin yang juga Setiausaha Bersatu negeri memberitahu pihaknya maklum akan pertemuan antara kedua-dua pihak tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut apakah perkara atau kandungan yang terdapat di dalam memorandum berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya maklum, isi kandungannya ada dalam tu (itu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Berbuka Puasa Bersatu negeri di ibu pejabat parti tersebut di Kempas, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini