Mazlan tidak pernah lobi jawatan pengerusi - Utusan Malaysia

Mazlan tidak pernah lobi jawatan pengerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 6 Mei – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang menegaskan dirinya tidak pernah melobi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor.

Sebaliknya, beliau menjelaskan jawatan itu diamanahkan kepadanya oleh Pengerusi Bersatu itu dengan surat pelantikan ditandatangani presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan ada orang salah faham, salah anggap ingat saya yang meminta-minta,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Duit Raya bersama Hotel M Suites di sini, malam ini.

Mazlan berkata demikian ketika menafikan dakwaan kononnya beliau melobi untuk mendapatkan jawatan tersebut selepas digugurkan daripada barisan exco kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Dr Shahruddin Jamal.

Sejak dilantik sebagai pengerusi baharu menggantikan bekas menteri besar, Datuk Osman Sapian, nama Mazlan tidak lekang daripada kontroversi kerana dilaporkan ramai ketua bahagian Bersatu di negeri itu tidak puas hati dengan pelantikan itu.

Semalam, sekurang-kurangnya 21 daripada 26 ketua bahagian Bersatu Johor didilaporkan telah menghadiri mesyuarat khas di ibu pejabat parti itu di sini bagi menyatakan sokongan terhadap Dr Sahruddin menjadi pengerusi baharu.

Mesyuarat itu dipercayai turut dihadiri Dr Sahruddin, yang juga ADUN Bukit Kepong.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini