Mayat pemancing hilang ditemui - Utusan Malaysia

Mayat pemancing hilang ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Mayat pemancing yang hilang selepas bot nelayan dinaiki bersama empat rakan lain karam dibadai ribut berhampiran perairan Pualu Tenggol dekat sini pada Khamis lalu telah ditemui semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, mayat Chong Yuen Khang, 36, ditemui terapung oleh bot nelayan tempatan pada kedudukan kira-kira 30 batu nautika dari perairan Kerteh, Kemaman pada pukul 7.30 malam.

“Penemuan mayat itu telah dimaklumkan kepada sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang melakukan rondaan di perairan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat tersebut kemudiannya diambil oleh sebuah kapal Maritim Malaysia (APMM) sebelum tiba di Jeti Markas Maritim Kemaman, Kuala Kemaman pada pukul 6.18 pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan keriangan lima lelaki melakukan aktiviti memancing laut dalam bertukar tragedi apabila bot nelayan yang disewa mereka karam dibadai ribut.

Tiga daripada mereka iaitu Choo Yaw Wu, 48; Lok Win Thye, 28; dan Tan Buck Choon, 51, terpaksa berpaut pada tong ikan di samping mayat rakan mereka yang turut terkorban, Chan Kai Wai, 51, selama lebih 15 jam sebelum diselamatkan APMM pada pukul 1 petang semalam. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini