LONDON 24 Mei – Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan akan meletakkan jawatan berkuatkuasa 7 Jun hadapan.
May bakal bertemu ahli Parlimen daripada parti pemerintah dan bersetuju untuk meletakkan jawatan dan membenarkan penggantinya dipilih mengikut tempoh ditetapkan.
Beberapa laporan media menyebut beliau berhasrat meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif dalam beberapa minggu ini tetapi akan terus menjadi Pemangku Perdana Menteri sehingga parti terbabit memilih penggantinya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Proses pemilihan dalaman parti akan bermula pada 10 Jun. – AFP











