Maut selepas baring atas jalan raya - Utusan Malaysia

Maut selepas baring atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Tindakan seorang lelaki yang baring di atas jalan raya mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah kereta di Sibu Jaya, Sarawak hari ini.

Menurut portal Utusan Borneo, mangsa belum dapat dikenal pasti dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah dialami.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa yang dikatakan baring di tengah jalan raya telah diseret kereta dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun dari bandar Sibu Jaya menghala ke Bulatan Sibu Jaya telah terlanggar dan mengheret mangsa yang baring di tengah-tengah jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu, Sarawak untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini