SEREMBAN 4 Mei – Sebanyak 19 masjid dan 90 surau dalam kawasan Parlimen Seremban hari ini menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook bagi menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini. Setiap masjid menerima RM3,000 dan RM1,000 untuk setiap surau. Sumbangan itu disampaikan oleh Siew Fook yang juga Menteri Pengangkutan pada majlis di Wisma Negeri di sini. Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Seremban. Siew Fook berkata, beliau gembira dapat menyampaikan sumbangan daripada peruntukan kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya