MASCA sasar jadi sukan teras - Utusan Malaysia

MASCA sasar jadi sukan teras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin optimis sukan itu mampu menjadi salah satu sukan teras kebangsaan pada masa depan.

Menurut beliau, ia mampu menjadi kenyataan jika barisan atlet dapat mempamerkan prestasi cemerlang dalam setiap kejohanan yang disertai mereka.

Jika ia berlaku, Megat D. Shahriman berharap pihak-pihak tertentu seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dapat mempertimbangkan sukan kanu sebagai sukan teras.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sedang berusaha untuk menjadikan MASCA sebagai salah satu persatuan sukan di bawah MOM (Majlis Olimpik Malaysia).

“Sukan kanu sebelum ini dilihat bergerak sendiri dan berada di dalam kumpulan mereka saja tetapi di bawah kepimpinan baru, saya mahu atet kanu lebih menyerlah.

“Jadi saya harap ia dapat membuka mata pelbagai pihak yang boleh mengiktiraf sukan hoki jika berjaya mencapai kecemerlangan dalam kejohanan disertai,” katanya.

MASCA sudah meraih beberapa keputusan positif dalam pertandingan disertai termasuk meraih satu pingat perak dan gangsa pada Kejohanan Kanu Sprint Antarabangsa di Bhopal, India baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini