Masca puji usaha Murad - Utusan Malaysia

Masca puji usaha Murad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pendayung kayak, Murad Mohd. Kassim mencipta nama apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama berjaya menongkah arus Sungai Perak sejauh 350.92 kilometer (km) sekali gus membanggakan Persatuan Kanu Malaysia (Masca).

MURAD (dua dari kanan) menerima pengiktirafan daripada MBOR.

Kejayaan Murad itu membolehkan dia menempa nama dalam Malaysian Book of Records (MBOR).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesara Tentera berusia 49 tahun itu memulakan jelajah solo itu sejak 12 hari lalu di Beting Beras Basah, Bagan Datuk, Perak sebelum tiba ke garisan penamat di Tasik Banding semalam.

Menerusi Ekspedisi Legenda Arus Sungai Perak itu menyaksikan dia turut melintasi 17 jambatan bersejarah, tiga tasik dan empat empangan di negeri tersebut.

Presiden Masca, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, berkata kejayaan Murad itu boleh dianggap luar biasa memandangkan laluan yang begitu mencabar di Sungai Perak.

“MBOR menetapkan sasaran lebih 300km untuk mengiktiraf ia sebagai rekod kerana ini adalah kali pertama.

“Kejayaan ini dapat dijadikan contoh buat golongan belia dan kami di Masca amat menyokong kepelbagaian aktiviti berkayak seperti dilakukan pendayung kita ini,” katanya.

Ekspedisi anjuran Kerajaan Negeri Perak itu mendapat kerjasama Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dengan sokongan Masca dan Persatuan Kanu Negeri Perak.

Murad sebelum ini pernah melakukan jelajah solo mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam tempoh selama 52 hari pada 2015 selain beberapa lagi rekod lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini