Marquez menyamai rekod 'pole' Rossi - Utusan Malaysia

Marquez menyamai rekod ‘pole’ Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Juara dunia lima kali, Marc Marquez kini menyamai rekod Valetino Rossi yang mencatat keputusan petak pertama (pole position) paling banyak dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Marquez yang terke­nal dengan gelaran The Baby Alien meraih petak pertama buat kali ke-83 sepanjang kariernya atau ke-55 dalam kelas perdana selepas melakukannya di Grand Prix (GP) Perancis kelmarin meskipun pada awalnya terjatuh pada sesi kelayakan.

Bagaimanapun, Marquez masih menduduki tangga kedua selepas legenda MotoGP, Mick Doohan masih kekal sebagai pelumba pa­ling banyak meraih kedudukan petak pertama iaitu 58 kali untuk kategori kelas perdana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia adalah sesi kelayakan yang sukar kerana bukan sahaja melibatkan kepantasan tetapi berkenaan strategi, menjadi lebih bijak dan memahami keadaan litar.

“Ketika saya keluar dari pit, saya melihat kami membuat keputusan tepat dengan memulakan perlumbaan menggunakan tayar jenis basah. Saya be­kerja keras seawal pu­singan pertama untuk mencari kedudukan di petak pertama.

“Pada pusingan kedua, keadaan tidak berapa baik dan terjatuh di selekoh keenam. Saya gembira ke­rana kami membuat keputusan yang tepat pada sesi pertama tersebut,” kata Marquez. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini