Maritim Malaysia tahan dua kapal gagal pamerkan dokumen sah - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan dua kapal gagal pamerkan dokumen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 2 Mei – Dua buah kapal dari Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini kerana kerana gagal mempamerkan dokumen yang sah.

Kedua-dua kapal itu ditahan pada kedudukan 7.4 kilometer dan 9.2 kilometer dari Timur Laut Sungai Pinang pada pukul 10.30 pagi dan 11.00 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia telah melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan telah mengesan dua buah kapal sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati 20 orang warga Myanmar berumur lingkungan 18 hingga 74 tahun berada di atas kedua-dua kapal ini tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Mereka akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamizan Maritim Malaysia akan mempertingkatkan pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di laut.

“Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang 04-2626146,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini