Maradona jalani rawatan bahu - Utusan Malaysia

Maradona jalani rawatan bahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES 23 Mei – Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona terpaksa pulang ke negaranya untuk menjalani rawatan bahu menyebabkan beberapa majlis yang sepatut dihadirinya sama ada dibatal atau ditangguhkan.

Ini termasuk pembatalan menghadiri Festival Filem Cannes di mana filem dokumentari mengenai kehidupannya arahan pengarah British, Asif Kapadia ditayangkan untuk tontonan umum.

“Saya akan berada di Buenos Aires. Dalam perjalanan pulang,” kata bekas pemain berusia 58 tahun itu menerusi media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kapadia yang sudah mengetahui lebih awal berkata, ikon bola sepak Argentina tersebut memerlukan pembedahan lagi untuk memulihkan bahunya. Sebelum ini Maradona pernah melakukan pembedahan bahu kiri pada Mac 2017 ketika menjadi jurulatih kelab Divisyen Dua UAE, Fujairah FC.

Berikutan kepulangan itu juga, Maradona yang kini menjadi jurulatih kelab Mexico, Dorados de Sinaloa terpaksa menangguhkan majlis tandatangan untuk menyambung kontraknya.

Menurut media Argentina, Maradona akan berada selama 10 hari di sini menyebabkan majikannya di Mexico terpaksa menunggu beliau sebelum dapat mengesahkan penyambungan kontrak tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini