SAUDARA PENGARANG,
SETIAP kali Ramadan tiba, kita seringkali dipesan agar tidak membazir membeli makanan hingga tidak dijamah, akhirnya dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah.
Dalam konteks lain, masih ramai dalam kalangan umat Islam yang membazir bukan sahaja makanan tetapi juga waktu dengan melakukan perkara sia-sia.
Sepatutnya inilah kesempatan terbaik untuk kita menggunakan masa diperuntukkan selama sebulan untuk mengejar amal ibadat dan melakukan perkara-perkara berfaedah.
Misalnya membantu golongan daif, anak yatim, orang tua dan melakukan kerja-kerja pengurusan di masjid mahupun surau.
Jadi rebutlah peluang yang terbatas dalam masa terhad ini untuk memaksimumkan dan mempertingkatkan iman dan takwa dengan melakukan perkara-perkara untuk kebaikan jiran dan masyarakat setempat,
HAMBA ALLAH
Putrajaya











