Mahathir ucap tahniah susulan ranking kebebasan media melonjak - Utusan Malaysia

Mahathir ucap tahniah susulan ranking kebebasan media melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah selepas kedudukan media Malaysia melonjak sehingga 22 anak tangga, untuk membolehkan ia menduduki tempat ke-123 dalam ranking Indeks Kebebasan Media Dunia 2019.

“Sempena #WorldPressFreedomDay, saya mengambil peluang ini untuk memuji media Malaysia susulan kejayaannya membaiki kedudukan dalam ranking Indeks Kebebasan Media Dunia.

“Kita berjaya melonjak sehingga 22 anak tangga untuk berada di tempat teratas dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Tenggara, dan kedudukan ke-123 dalam ranking dunia. Terima kasih dan tahniah,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook dan Instagram hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut memuat naik tiga gambar yang memaparkan beliau sedang ditemuramah oleh media dan satu gambar beliau di hadapan kumpulan jurufoto.

Menurut indeks terbaru yang dikeluarkan oleh pertubuhan ‘Reporters Without Borders’ pada 18 April lepas, Malaysia menduduki tempat teratas dalam ranking itu dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Tenggara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini