Macau Scam tiada kesudahan - Utusan Malaysia

Macau Scam tiada kesudahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SETIAP
hari ada sahaja mangsa baharu sindiket Macau Scam yang kerugian bukan lagi ribuan ringgit tetapi ratusan ribu ringgit dengan begitu mudah sekali.

Modus operandinya seakan sama iaitu mengugut mangsa dengan kesalahan yang direka-reka, begitu licik sekali atau dengan cara pujuk rayu sebagai seorang kekasih dalam internet atau media sosial hingga mempengaruhi mangsa.

Selepas dihubungi, sindiket selalunya meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang menjadi kemusykilan adalah bagaimana ramai dalam kalangan mangsa Macau Scam terdiri daripada profesional seperti doktor, jurutera, arkitek malahan pegawai tinggi kerajaan, pakar motivasi serta peguam boleh diperdayakan.

Pada pandangan saya, sindiket ini ada mastermind di belakangnya kerana apabila dibuat serbuan ke tempat-tempat di mana sindiket ini beroperasi, selalunya yang dapat diberkas adalah pekerja-pekerja upahan sahaja. Tetapi ketua sindiket terlepas begitu sahaja.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Ampangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini