LONDON 16 Mei – Ruben Loftus-Cheek sanggup menyanyikan lagu sorakan Stamford Bridge “Eden Hazard, kami mahu awak kekal” kepada bintang Belgium itu bagi memastikan dia tidak meneruskan hasratnya untuk menyertai Real Madrid.
Hazard sudah memaklumkan kepada Chelsea perancangan pada penghujung musim ini dan sehingga kini tiada sebarang kontrak ditandatangani untuk mengekalkannya bersama The Blues selepas tamat 2020 dan dia dijangka melengkapkan perpindahannya ke Santiago Bernebue.
Pemain berusia 28 tahun sudah tujuh musim bersama Chelsea dan berjaya meraih dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala EFL dan Liga Europa tetapi kejuaraan musim ini yang memastikan slot Liga Juara-Juara dilihat tidak mencukupi untuk mengekalkannya di London.
Loftus-Cheek bersama beberapa bintang Chelsea lain merakamkan ucapan terima kasih kepada Hazard.
“Saya menyanyikan lagu ini di hadapannya di dalam bilik persalinan.
“Saya pasti, semua mahu dia kekal di sini – pemain, penyokong, kakitangan dan pengurusan.
“Dia merupakan pemain yang berbakat dan banyak menyumbang kepada kelab sejak tujuh tahun lalu terutama dalam setiap kejuaraan.
“Saya pasti kelab sangat berterima kasih kepadanya dan jika dia memutuskan untuk berhijrah, saya doakan yang terbaik,” Loftus-Cheek.-AGENSI











